Search This Blog

Thursday, November 25, 2010

Pengarah antara 10 disyaki curi besi binaan



2010/11/25

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pemaju dan seorang penyelia tapak pembinaan adalah antara 10 lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes mencuri besi pembinaan untuk dijual kepada sebuah syarikat besi buruk. 

Semua mereka berusia antara 26 hingga 60 tahun itu termasuk seorang warga emas yang juga pemilik syarikat besi buruk ditahan kira-kira jam 2 petang, Isnin lalu di hadapan premisnya di Batu 6, Jalan Sungai Besi di sini.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata enam daripada suspek adalah pemandu dan kelindan empat treler yang turut ditahan di hadapan premis berkenaan.
“Dua treler terbabit membawa muatan besi pembinaan, manakala dua treler lagi tiada muatan. 

“Enam suspek itu dipercayai ditugaskan untuk membawa muatan besi yang dicuri dari tapak pembinaan, manakala tiga lagi suspek iaitu pengarah syarikat pemaju, penyelia tapak pembinaan dan seorang tukang kayu bertindak sebagai dalang kes ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Beliau berkata, besi itu dijual kepada syarikat besi buruk berkenaan dan nilai rampasan dianggarkan lebih RM100,000. 

Katanya, pemilik syarikat besi buruk itu dibebaskan dengan jaminan polis disebabkan faktor usia dan kesihatan, manakala sembilan suspek lain ditahan reman selama tiga hari bermula kelmarin. 

No comments:

Post a Comment