Search This Blog

Thursday, November 11, 2010

Pasport jemaah AS dirampas


WASHINGTON 10 Nov. - Kumpulan hak asasi Islam menyuarakan kebimbangan berhubung penangguhan penyerahan bungkusan berisi pasport penduduk Islam AS yang mahu menunaikan haji oleh agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) meningkatkan tekanan berhubung isu itu selepas sebuah masjid di utara Virginia melaporkan seramai 17 orang jemaah haji dari kawasan itu terlepas pesawat ke Arab Saudi apabila pasport mereka dirampas oleh pihak berkuasa AS buat sementara waktu.
Menurut Majlis itu semalam, mereka mendapati tiga bungkusan yang mengandungi pasport jemaah haji itu yang dihantar oleh firma yang menguruskan pasport mereka di California menggunakan syarikat penghantaran UPS telah dirampas oleh agensi kerajaan.
"Masyarakat Islam AS perlu tahu sama ada bungkusan itu diperiksa kerana penghantarnya atau penerimanya beragama Islam atau tidak dan sama ada boleh atau tidak kiriman itu dirampas dan dibuka oleh pegawai kerajaan tanpa waran," kata Pengarah Komunikasi Kebangsaan CAIR, Ibrahim Hooper.
Pengurus Kebangsaan CAIR, Khadija Athman berkata, dua agensi pelancongan California bertanggungjawab menguruskan visa haji dengan konsulat di Arab Saudi dan bertindak menghantar bungkusan berisi pasport itu ke Minnesota, Seattle, California dan utara Virginia.
Sementara itu, Timbalan Presiden Masjid Dar AlNoor di Manassas, Virginia, Rafi Uddin Ahmed berkata, bungkusan yang dirampas itu dihantar menggunakan syarikat penghantaran UPS pada 1 November lalu dan dijangka tiba keesokan harinya, bagaimanapun keesokannya penghantaran itu tidak diterima.
"UPS sebelum ini, memberitahu bungkusan itu hilang, sehinggalah Jumaat lalu mereka memaklumkan bahawa kiriman itu dirampas oleh agensi kerajaan," katanya.
Tambah beliau, beberapa agensi telah dihubungi sebelum masjid itu mendapati Pengawal Sempadan dan Kastam yang bertanggungjawab merampas bungkusan itu dan walaupun kakitangan agensi kerajaan itu profesional dan bersopan-santun, malangnya kiriman itu masih belum tiba.
Rafi, bagaimanapun mengesahkan Pengawal Sempadan dan Kastam AS akan membelikan tiket baru kepada jemaah haji itu. - AP

No comments:

Post a Comment