Search This Blog

Sunday, November 14, 2010

Lima terbunuh dalam serangan peluru berpandu AS


14/11/2010 2:24am

MIR ALI, Pakistan 14 Nov. - Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) telah membunuh lima orang disyaki militan dalam sebuah kenderaan dekat sempadan Afghanistan semalam, kata pihak perisikan dan pegawai kerajaan.
Sekurang-kurangnya tiga daripada mangsa yang menjadi sasaran itu dipercayai warga asing.
Serangan tersebut adalah yang ketujuh sepanjang bulan ini dalam usaha AS meningkatkan perang dengan meledakkan peluru berpandu di kawasan Afghanistan yang dianggap menjadi ancaman.
Semalam tiga serangan peluru berpandu telah dilakukan di kawasan sasaran yang tidak jauh dari Miran Shah, bandar utama Waziristan Utara.
AS dan NATO percaya tara Waziristan Utara akan menjadi tempat persembunyian puak Taliban dan al-Qaida yang jadi nadi utama pangkalan mereka di Haqqani. - AP

No comments:

Post a Comment