Search This Blog

Thursday, November 25, 2010

Lima pelombong maut dalam dua insiden berbeza



25/11/2010 2:00am

BOGOTA 25 Nov. - Seramai lima orang pelombong ditemui mati dan empat lagi masih terperangkap dalam dua insiden lombong batu arang berbeza di tengah Colombia semalam.
Kemalangan tersebut berlaku di kawasan luar bandar Lenguazaque dan Guacheta di wilayah Cundinamarca.
Kejadian di Lenguazaque berlaku diakibatkan oleh kekurangan oksigen di dalam lombong tersebut yang menyebabkan dua pelombong maut.
Sementara di Guachela, 11 orang pelombong terperangkap akibat dari satu letupan, tiga pelombong ditemui maut dan baki pelombong lagi berjaya diselamatkan dengan mengalami kecederaan ringan. - DPA

No comments:

Post a Comment