Search This Blog

Tuesday, November 23, 2010

Langgar lembu tidur

KULAIJAYA: Gara-gara sekawan lembu, seorang pemuda retak kaki kiri serta patah bahu kanan apabila motosikal ditunggang terlanggar haiwan itu yang tidur di tepi jalan di Kampung Sri Gunung Pulai, awal pagi semalam.
Mangsa, Mohd Zaini Parman, 25, berkata kejadian berlaku pada jam 6 pagi ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Seperti biasa, saya akan keluar rumah jam 5.30 pagi dan ketika itu, keadaan masih gelap.

“Tiba di tempat kejadian, saya yang tidak perasan ada sekawan lembu di sana dan terlanggar seekor daripadanya,” katanya yang ditemui di Hospital Kulai.

No comments:

Post a Comment