Search This Blog

Monday, November 8, 2010

Isteri berubah jadi pendiam




2010/11/08

JASIN: “Ya Allah...isteri saya...isteri saya sudah tak ada lagi,” rintih Abu Hassan@Sharif Nani, 62, suami mangsa kemalangan maut di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, Pahang, malam kelmarin. 

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 malam itu, isterinya, Patimah Ramli, 46, yang juga bekas wartawan Berita Harian serta tiga lagi mangsa iaitu Md Sharif Nani, 61, Rosli Md Isa, 28, dan Marinah Kambas, 60, rentung selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dan terbakar.Abu Hassan ketika ditemui di rumah keluarga isterinya di Kampung Abbey, Jalan 4, Nyalas dekat sini, berkata, pada mulanya dia berasa berat hati membenarkan isterinya itu ke Marang, Terengganu.
“Sebelum bertolak ke sana Jumaat lalu, isteri saya tidak banyak bercakap, sebaliknya hanya memberitahu dia pergi dulu sambil mencium saya sekali. Saya cakap kepadanya yang dia mesti balik dan berada di sini (rumah) kerana anak menunggu,” katanya. 

Jenazah Patimah tiba di rumah keluarganya kira-kira jam 5 petang, sebelum disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pondok Batang. 

No comments:

Post a Comment