Search This Blog

Thursday, November 4, 2010

Greece hentikan penghantaran mel



Anggota polis berkawal di luar Bangunan Kedutaan Rusia di Athens berikutan penemuan bungkusan mengandungi bom yang dialamatkan kepada pemimpin Perancis, Jerman dan Itali serta beberapa kedutaan asing termasuk Kedutaan Rusia di Athens, kelmarin. - AFP


ATHENS 3 Nov. - Greece menghentikan penghantaran mel ke luar negara hari ini selepas hampir 12 bom di dalam bungkusan kecil yang dialamatkan kepada para pemimpin Perancis, Jerman dan Itali serta beberapa kedutaan asing di Athens ditemui.
Sebuah bungkusan yang dialamatkan kepada Canselor Jerman, Angela Merkel tiba di pejabatnya di Berlin semalam, manakala sebuah lagi bungkusan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi ditemui di dalam sebuah pesawat perkhidmatan kurier yang diarah melakukan pendaratan cemas di itali.
Sebuah bungkusan serupa yang dialamatkan kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy ditemui di sini kelmarin dalam kempen yang setakat ini belum menyebabkan kecederaan serius dan dikaitkan oleh pihak berkuasa Greece dengan puak pelampau berhaluan kiri di negara ini.
Kerajaan semalam memutuskan untuk membekukan penghantaran mel ke destinasi asing selama 48 jam, sementara pihak berkuasa berusaha untuk menangani isu bungkusan bom yang kebanyakannya menyerupai bungkusan buku.
"Penghantaran surat dan bungkusan ke luar negara akan dihentikan selama 48 jam bagi membolehkan pemeriksaan susulan," menurut kenyataan jabatan polis, semalam.
Bungkusan untuk Merkel dihantar ke pejabatnya oleh syarikat kurier UPS dan ditemui oleh kakitangan yang kemudian menghubungi polis.
Ia dihantar melalui pos dari Greece dua hari lalu dan boleh menyebabkan kerosakan yang cukup serius, kata Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere.
Bungkusan yang dialamatkan kepada Berlusconi berada dalam penerbangan syarikat perkhidmatan kurier TNT yang menuju ke Paris tetapi diarah melencong ke Bologna, utara Itali setelah ia ditemui lewat semalam, lapor agensi berita Itali, ANSA.
Lapangan terbang tersebut ditutup sementara pesawat diarah diletakkan jauh dari terminal dan seluruh muatannya dipunggah. - AFP

No comments:

Post a Comment