Search This Blog

Monday, November 8, 2010

Dua saudara maut tembung lori tangki





2010/11/08

KUANTAN: Dua bersaudara terbunuh, manakala tiga yang lain cedera selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter di Kilometer 67, Jalan Lipis-Merapoh, Lipis, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa yang juga penumpang hadapan, Nur Syapiq Sahara, 16, dan penumpang belakang, Mohd Faizal Mohamad, 20, dari Kampung Kechau Tui, meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala.Tiga mangsa yang cedera pula, pemandu kenderaan itu, Arizan Mokhtar, 31, dan Mohd Khairul Azril Ahmad, 22, dari Kampung Kechau Tui, Lipis serta Azmi Baharum, 29, dari Felda Chegar Perah, Lipis dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah , Temerloh untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata semua mangsa dalam perjalanan dari Kechau Tui ke Sungai Temau untuk mengambil motosikal yang dipinjam rakan. 

No comments:

Post a Comment