Search This Blog

Sunday, November 7, 2010

Ayu Azhari lapor polis anak mencuri




2010/11/07

pix_gal0
Remaja dituduh ambil RM160,000 dari rumah 

JAKARTA: Pelakon terkenal Indonesia, Ayu Azhari, membuat laporan polis ke atas anak lelakinya yang berusia 15 tahun atas dakwaan mencuri wang tunai berjumlah AS$50,000 (RM160,000) dari pangsapurinya.Anak lelaki Ayu yang didakwa mencuri itu adalah anak ketiga aktres berkenaan dengan bekas suaminya Teemu Yusuf Ibrahim.
“Perkara yang berlaku adalah masalah keluarga, tetapi perbuatan anak saya sangat keterlaluan,” kata Ayu yang dipetik laman web hiburan vivanews, selepas memfailkan laporan. 

Ayu yang ditemani suaminya, bekas vokalis kumpulan White Lion, Mike Tramp, berkata, beliau tidak berupaya menangani tingkah laku anaknya. 

Beliau mengakui bimbang, perbuatan anaknya, Sean Azad, menjejaskan adik-beradik yang lain. Ayu mempunyai enam orang anak. 

Ayu berkata, beliau tidak menyesal membuat laporan terhadap anaknya yang kemudian ditahan polis. 
“Saya sayangkan dia dan kerana itulah saya membuat laporan kepada pihak berkuasa. Saya harap polis dapat menyelesaikan kes ini,” katanya. 

Atas sebab itu juga, Ayu Azhari menghantar makanan kepada anaknya yang ditahan di Jakarta Selatan. 

Ayu bersama peguamnya, Secarpiandy, dilihat memegang plastik putih untuk diberi kepada anaknya, menurut laporan. “Kami hanya menghantar makanan,” kata Secarpiandy mewakili Ayu. 

Aktres berkenaan berharap pihak polis dapat membantu anak hasil pernikahannya dengan Teemu. Beliau juga mengaku tidak lagi sanggup menghadapi kenakalan Sean. – Agensi 

No comments:

Post a Comment