Search This Blog

Monday, November 8, 2010

Alat seks tiruan berlambak


Oleh Kandau Sidi
kandau@bharian.com.my
2010/11/08

Pasar malam jadi lokasi jual barang kurang berkualiti 

MIRI: Kebanyakan pasar malam di sini, kini menjadi lokasi longgokan pelbagai jenis barangan tiruan dari luar negara termasuk peralatan seks sejak kebelakangan ini.Jika sebelum ini, Berita Harian pernah mendedahkan kawasan kaki lima di utara Sarawak sebagai lokasi popular untuk menjual barangan sama, namun kini kegiatan menjual peralatan seks tiruan sudah berpindah ke pasar malam.
Ini susulan operasi penguat kuasa di kawasan kaki lima dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan selepas pendedahan oleh akhbar ini, sehingga memaksa peniaga terbabit menukar lokasi. 

Pendek kata, pengunjung pasar malam pasti disajikan dengan lambakan peralatan seks yang dijual di pasar malam di sini, yang dijual sama seperti menawarkan longgokan alat permainan kanak-kanak. 

Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan peralatan seks yang diimport dari China itu dijual tanpa berselindung dan diletakkan secara terbuka di atas meja. 

Malah, peniaga yang menjual barangan berkenaan tanpa segan silu sedia menawarkan khidmat menerangkan kaedah penggunaan setiap jenis peralatan seks itu kepada pelanggan yang singgah di gerai mereka. 
Tinjauan mendapati kebanyakan pengunjung yang singgah di gerai berkenaan adalah golongan lelaki. 

Kelihatan juga pelanggan wanita yang ‘nakal’ tanpa segan silu turut meminta penerangan mengenai kegunaan alat berkenaan, tetapi kemudian meninggalkan gerai itu tanpa membelinya. 

Seorang peniaga pasar malam, Rahsid Zainuddin, 35, mengakui pasar malam kini menjadi tempat lambakan barangan import dari luar negara terutama China. 

“Barangan dijual di pasar malam memang murah, tetapi kualitinya juga rendah. Semua orang tahu tetapi masih juga membelinya,” katanya yang berniaga makanan di sebuah pasar malam di sini. 

Beliau berkata, walaupun suasana pasar malam yang terdapat di Sarawak tidak semeriah di ibu negara, namun barangan keperluan harian dan makanan yang dijual adalah hampir sama. 

“Namun, terdapat barangan yang tidak boleh didapati di pasar malam di tempat lain tetapi dijual di pasar malam di Sarawak. Misalnya gambir Sarawak, sejenis lagi 'ubat seks' yang popular di kalangan lelaki dan sentiasa mendapat permintaan tinggi,” katanya. 

No comments:

Post a Comment