Search This Blog

Saturday, October 23, 2010

Wilders dakwa ada imuniti


THE HAGUE, Belanda 22 Okt. - Peguam bela kepada ahli Parlimen antiIslam Belanda, Geert Wilders berkata, tuduhan melakukan ucapan menghasut kebencian terhadap anak guamnya perlu digugurkan kerana kenyataannya itu dilindungi oleh kesucian peranan politiknya.
"Beliau merupakan wakil rakyat. Kenyataan ahli politik mendapat lebih perlindungan berbanding rakyat biasa.
"Semua kenyataan beliau dibuat dalam konteks perdebatan politik," kata peguam Wilders," Bram Moszkowicz kepada hakim di Mahkamah Daerah Amsterdam pada hari kedua yang juga hari terakhir pembelaan kes yang disiarkan secara langsung di Internet, semalam.
Wilders, 47, dibicarakan pada 4 Oktober lalu kerana menghasut kebencian dengan mengelar Islam sebagai 'fasis' dan menyamakan al-Quran dengan buku Mein Kampf karangan Adolf Hitler.
"Beliau mempertahankan wanita yang diperhambakan dan dianiaya atas nama agama, homoseksual yang didiskriminasikan dan dibunuh atas nama agama serta orang yang dilempar dengan batu sehingga mati atas nama agama," kata Moszkowicz.
Jumaat lalu, pihak pendakwa raya meminta mahkamah menggugurkan tuduhan terhadap Wilders kerana kenyataannya walaupun menyakitkan bukanlah jenayah.
Pendakwa raya berjaya menggugurkan berpuluh-puluh aduan terhadap ahli politik pada Jun 2008 dengan merujuk kepada kebebasan bersuara.
Namun hakim-hakim rayuan pada Januari 2009 lalu mengarahkan beliau dibicarakan kerana kenyataannya yang 'menghasut kebencian'.
Wilders, berdepan dengan hukuman penjara sehingga setahun atau didenda 7,600 euro (RM31,920) atas kenyataannya yang dibuat semasa berkempen 'menghentikan Islamisasi Belanda'. Penghakiman dijangka dibuat pada 5 November ini. - AFP

No comments:

Post a Comment