Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

Mayat lelaki tanpa tangan ditemui di Kajang


10/10/2010 3:03pm

KUALA LUMPUR — Mayat seorang lelaki yang terputus tangan kanan dan mempunyai kesan tetakan di muka dijumpai di sebuah kawasan lapang di Taman Kajang Utama, Kajang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Sakaruddin Che Mood berkata, berdasarkan pengenalan diri yang ditemui pada mayat, mangsa dikenal pasti sebagai Rashid Abdullah, 31 yang berasal dari Kajang dan bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat keselamatan.
"Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam pada pukul 8.30 pagi dan berdasarkan kecederaan yang dialaminya, polis percaya lebih dari seorang suspek yang melakukan pembunuhan itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Sakaruddin berkata, polis sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. — Bernama

No comments:

Post a Comment