Search This Blog

Monday, October 18, 2010

Lima ditembak mati

KUANTAN: Lima penyamun yang dipercayai melarikan hasil rompakan bernilai RM400 daripada rumah seorang pemandu teksi di Kampung Balok Pine, dekat sini, ditembak polis selepas dikejar kira-kira 10 kilometer dari rumah mangsa dalam kejadian awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lima penyamun dipercayai warga Indonesia terbabit ditembak mati ketika tiba berdekatan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bandar Indera Mahkota, di sini.

Menurut sumber, sepasukan anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, yang mendapat maklumat awal mengenai rompakan itu bergegas ke tempat kejadian sebelum terserempak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan disyaki dinaiki penyamun terbabit.
http://www.hmetro.com.my
Katanya, penyamun terbabit memecut kenderaan menghala pusat bandar dengan memasuki jalan Pintasan Pelabuhan-Kuantan.

Sumber itu berkata, ketika kejar-mengejar itu anggota polis melepaskan tembakan amaran dalam usaha mendesak penyamun terbabit memberhentikan kenderaan mereka, namun tidak diendahkan. Usaha penyamun terbabit dipercayai berusia 30-an memboloskan diri menemui penamat apabila dihadang kereta polis berdekatan bangunan KWSP di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika diminta menyerah diri penjenayah bersenjatakan parang itu cuba menyerang anggota polis menyebabkan polis melepaskan tembakan hingga semua mereka mati. di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment