Search This Blog

Tuesday, October 26, 2010

Lagi maut semasa pemilihan pegawai daerah di Filipina



MANILA 25 Okt. - Seorang anggota pentadbiran kampung ditembak mati di selatan Filipina ketika pilihan raya memilih beribu-ribu pegawai daerah bermula hari ini, selepas berleluasanya keganasan mengakibatkan pengundian ditangguh.
Menurut polis, Valentin Campos meninggal dunia di hospital selepas beliau ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata di pinggir bandar selatan Butuan, beberapa jam sebelum pengundian bermula.
Campos adalah mangsa terbaru sejak kempen pilihan raya pemilihan pengerusi daerah dan anggota majlis di negara yang mempunyai 42,000 kampung ini, bermula pada bulan lalu.
Jawatan yang membolehkan seseorang itu memimpin sebuah perkampungan kecil boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk jawatan lebih tinggi dan selalunya ditandingi oleh kaum keluarga atau anak-anak pegawai-pegawai kanan sebagai latihan untuk mewarisi jawatan mereka.
Ketua Polis Filipina, Raul Bacalzo berkata, seramai 29 orang telah terbunuh dan sekurang-kurangnya 12 lagi cedera selepas persaingan antara calon menjadi panas.
Menurut Bacalzo, polis telah merampas 532 senjata api dan menahan lebih 600 orang kerana melanggar arahan membawa senjata sepanjang pilihan raya.
Di tengah wilayah Masbate, tentera yang mengadakan sekatan jalan raya merampas sekurang-kurangnya 10 senjata api daripada 'tentera persendirian' yang dikawal oleh ahli politik tempatan.
Pengundian ditangguhkan di wilayah Catanduanes kerana kelewatan ketibaan peti undi dan berpotensi menyebabkan masalah keselamatan, menurut pegawai tentera.
Sementara itu, Presiden Benigno Aquino merayu orang ramai keluar mengundi walaupun berleluasanya keganasan kerana menyifatkan pemilihan pegawai-pegawai kampung penting kepada agenda anti-rasuahnya. - AFP

No comments:

Post a Comment