Search This Blog

Thursday, October 28, 2010

Aktivis Yahudi dilempar batu





2010/10/28

POLIS antirusuhan Israel menahan seorang pemuda Arab yang membantah sekumpulan rakyat Israel berarak di Umm Al-Fahm.
POLIS antirusuhan Israel menahan seorang pemuda Arab yang membantah sekumpulan rakyat Israel berarak di Umm Al-Fahm.
Perarakan kontroversial cetus kemarahan penduduk Palestin 

UMM AL-FAHM (Israel): Pertempuran meletus semalam apabila sekumpulan rakyat Israel berhaluan kanan yang berarak dengan diiringi polis melalui bandar Arab ini di utara negara Yahudi berkenaan, menghadapi tentangan penduduk tempatan yang melempar batu.
Sebaik saja sekumpulan 20 aktivis berhaluan kanan itu tiba, pemuda Arab yang menutup muka dengan skaf membakar tayar dan membaling batu ke arah polis antirusuhan, yang membalas dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom tangan olok-olok bagi menyuraikan mereka.
“Bebaskan Palestin!”, laung penduduk Arab berkenaan sambil mengibarkan bendera Palestin dari bumbung bangunan. “Dengan darah dan roh kami, kami berjuang untukmu, Palestin!”. 

Perarakan kontroversial itu diadakan bagi mengingati ulang tahun ke-20 pembunuhan seorang Rabbi Yahudi, Meir Kahane, seorang ekstrimis berhaluan kanan yang sering merujuk kepada orang Arab sebagai ‘anjing’ dan menggesa penyingkiran mereka dari Israel. 

Pihak penganjur berkata mereka berarak bagi mendesak pengharaman Pergerakan Islam Arab Israel, yang diketuai seorang ulama, Sheikh Raed Salah. 

“Pergerakan Islam adalah sebahagian daripada jihad Islam antarabangsa,” kata Michael Ben Ari, seorang ahli parlimen berhaluan kanan yang menyertai bantahan itu, dan menuduhnya mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Palestin Hamas dan Jihad Islam. 
Sebelum perarakan itu, pegawai Arab tempatan dan berpuluh-puluh orang yang menentang bantahan itu, berkumpul dan mengibarkan bendera, sementara pihak polis menempatkan anggota bagi mengelakkan pertempuran. 

“Kami menempatkan jumlah anggota yang besar di sekitar kawasan Umm al-Fahm dan menggerakkan unit khas bagi mengekalkan keamanan ketika demonstrasi oleh aktivis Yahudi,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld. 

Mahkamah Agung Israel awal bulan ini memberi kebenaran bagi demonstrasi itu. 
Afu Agbaria, seorang ahli parlimen dari Umm al-Fahm, yang turut berada bersama penunjuk perasaan yang membantah perarakan itu, berkata tindakan kumpulan Yahudi berkenaan adalah provokasi terhadap penduduk bandar berkenaan dan golongan minoriti Arab. 

“Mereka membantah kehadiran sah Arab di negara berkenaan, dengan bantuan ekstremis berhaluan kanan dalam kerajaan,” katanya. Sesetengah yang lain tidak langsung berselindung ketika menyatakan pandangan mereka. – AFP

No comments:

Post a Comment