Search This Blog

Sunday, October 17, 2010

1 pelombong Chile ‘mati’

SANTIAGO: Kepulangan pelombong yang terperangkap lebih dua bulan di bawah tanah sepatutnya diraikan dengan gembira oleh keluarga masing-masing tetapi berbeza pula keadaannya bagi Claudio Yanez.
Bagi Yanez, 34, dia berharap kepulangannya disambut dengan meriah melalui parti dianjurkan pasangannya sejak 12 tahun lalu, Cristina, yang sempat dilamarnya ketika terperangkap 700 meter di bawah tanah di lombong San Jose.

Pendapat itu mendapat tentangan keras Jennifer.

Menurut adik perempuan Yanez itu, pelombong terbabit tidak sepatutnya bertindak begitu dengan mengetepikan keluarga sendiri.

Disebabkan terlalu marah, Jennifer tidak lagi menganggap Yanez selamat daripada tragedi berkenaan.

“Bagi saya Yanez sudah mati,” katanya.

Keluarga Yanez juga tidak senang dengan sambutan cuba diatur Cristina apabila mereka mengoyakkan sepanduk mengalu-alukan kepulangan pelombong itu yang dipasang teman wanitanya.

Adik lelaki Yanez, Andres Navarrete, adalah antara individu terawal menarik dan mengoyakkan sepanduk bertulis ‘Kami sayangkan anda, Claudio’. Sementara itu, difahamkan Yanez bukanlah satu-satunya pelombong berdepan masalah peribadi selepas diselamatkan dari bawah tanah.

Florencio Avalos - pelombong pertama ditarik keluar oleh penyelamat - dilaporkan tidak bertegur sapa dengan bapanya, Alonso, kerana berang lelaki itu ditemuramah media sebelum ini.

Sumber berkata, ketika bersemuka di hospital, isteri Avalos terpaksa menjadi orang tengah kerana mereka masih tidak berkomunikasi secara langsung. - Agensi
sumber

No comments:

Post a Comment