Search This Blog

Thursday, September 30, 2010

Peniaga Nepal dipenjara 8 bulan, denda RM18,000



29/09/2010 7:19pm

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Seorang peniaga warga Nepal dipenjara lapan bulan dan didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menjalankan perniagaan pengiriman wang ke luar negara tanpa kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing pada 2007 .
Hakim Azizah Mahamud membuat keputusan itu terhadap Karna Bahadur Pun, 32, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara berasingan berkuatkuasa hari ini.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di tingkat 1, Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini pada 18 Mac dan 22 Mac 2007.
Bagi pertuduhan pertama, Karna dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan didenda RM5,000 atau dipenjara dua bulan kerana membuat persediaan untuk mengirimkan wang ke Nepal tanpa kebenaran sebanyak RM1,950.
Pertuduhan kedua, dia dipenjara tiga bulan dan denda RM6,000 atau penjara tiga bulan atas kesalahan membuat persediaan untuk mengirimkan wang ke Nepal tanpa kebenaran sebanyak RM1,258. - Bernama

No comments:

Post a Comment