Search This Blog

Tuesday, September 28, 2010

Pelajar lemas ditemui selepas 13 hari



PEKAN 27 Sept. - Penantian selama 13 hari mencari mangsa lemas, Muhammad Hasif Hariri, 20, yang juga pelajar sebuah kolej tempatan berakhir apabila mayatnya ditemui terapung di kawasan sungai berhampiran perkuburan di Kampung Paya Rumbia, di sini semalam.
Mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 9 pagi oleh seorang penduduk kampung Paya Rumbia, Mohd. Hamidi Abdul Aziz, 39, iaitu lima kilometer dari tempat kejadian.
Mohd. Hamidi ketika itu sedang sibuk menebang pokok jagung di kebun miliknya sebelum terlihat objek terapung berhampiran tempat dia bekerja.
Menurutnya, objek yang terlingkup di dalam air dan tersangkut pada kayu berhampiran tebing kelihatan seperti manusia sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis daerah, Supritendan Yahaya Othman yang ditemui semalam ini berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat di kawasan tersebut.
"Ibu mangsa yang turut ke lokasi penemuan mayat mangsa mengecam jasad anaknya melalui wajah dan pakaian iaitu seluar jean yang masih ada pada badan mangsa.
"Mayat mangsa kemudian diangkat naik dari sungai dengan bantuan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung yang tinggal berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Yahaya berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai lemas.

No comments:

Post a Comment