Search This Blog

Friday, September 17, 2010

Ops Sikap: 11 lagi kematian dicatatkan


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Korban jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-22 yang akan berakhir dua hari lagi sehingga kini berjumlah 212 orang sejak ia dilancarkan pada 3 September lalu.
Menurut laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), 11 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.
Jika beberapa hari sebelum ini, penyumbang utama angka kematian ialah penunggang dan pembonceng motosikal, namun statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini menunjukkan sebaliknya.
Semalam, pemandu dan penumpang kereta mencatatkan sembilan kematian berbanding dua kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Daripada 1,123 kemalangan yang berlaku, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 425 kes, diikuti jalan Persekutuan (320), jalan negeri (194), lebuh raya (115) dan jalan-jalan lain (69 kes).
"Kemalangan maut paling tinggi dilaporkan berlaku di lebuh raya iaitu tiga kes, diikuti masing-masing dua kes di jalan Persekutuan dan jalan negeri," katanya.
Semalam, polis trafik juga mengeluarkan sejumlah 11,410 saman terhadap pesalah lalu lintas di seluruh negara.
Ops Sikap Ke-22 dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak 3 September lalu dan akan berakhir Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment