Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Mayat lelaki reput ditemui tepi Sungai Bertam

14/09/2010 10:13pm





GUA MUSANG - Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui ditepi sungai Kampung Bertam Lama, dekat sini pagi tadi, oleh dua beradik yang pergi ke kawasan itu untuk menebang buluh.



Ketua Polis Daerah, Supt. Saiful Bahri Abdullah, yang mengesahkan mengenai penemuan itu pada pukul 8 pagi tadi berkata mayat berkenaan ditemui Zarina Mat Yaman, 20, bersama adiknya, Zarini, 17, sebelum melaporkan perkara tersebut kepada polis di Balai Polis Bertam.



Saiful Bahri berkata, dua beradik berkenaan turun ke sungai untuk membasuh kaki selepas menebang beberapa batang buluh dan terkejut apabila nampak mayat terlentang ditepi sungai dalam keadaan bengkak dan berpakaian.



Bagaimanapun, beliau berkata, polis yang menerima laporan mengenai perkara berkenaan pukul 9 pagi, bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.



“Setakat ini kita belum mendapat kepastian identiti lelaki berkenaan kerana siasatan lanjut masih dijalankan tetapi kita tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment