Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Mayat lelaki berkecai akibat kemalangan di lebuh raya


15/09/2010 2:56pm

IPOH 15 Sept. – Seorang pemandu terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di Km 346.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Sungkai, 100km dari sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa masih belum dikenali kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui tetapi dipercayai lelaki berbangsa Melayu kerana ada al-Quran didapati berhampiran keretanya.
Mayat itu ditemui di atas lebuh raya dalam keadaan berkecai akibat di gilis beberapa kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 1.30 pagi ketika mangsa yang memandu sendirian dalam perjalanan dari selatan ke utara dengan kereta jenis BMW, dikatakan terbabas dan merempuh penghadang tengah lebuh raya dan terbakar serta mangsa tercampak keluar.
Mayat mangsa ditemui berkecai dan dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya.
Sehubungan itu polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau waris yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di nombor telefon 05-401222 untuk membantu siasatan. – Bernama

No comments:

Post a Comment