Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Kakak pilu adik melacur

KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang kakak apabila mengetahui dan menyaksikan sendiri adik perempuan terpaksa melacur akibat kesempitan hidup di ibu kota.
Setiap malam, dia mengintip aktiviti adiknya di lorong gelap.
Pada mulanya, dia terkejut dan tidak menyangka adik bongsunya menjual diri untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Malah, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Jerene, 36, seorang warga Bangladesh, pernah diugut adiknya, untuk dibomoh atau dibunuh jika masih menjaga hal peribadinya.

“Saya sudah tidak sanggup melihat dia melacur, pelbagai cara saya lakukan supaya dia sedar tetapi tidak berjaya, malah dia mendapat sokongan suaminya yang bekerja di sebuah kelab malam,” katanya ketika ditemui di sini. Menurutnya, adiknya yang dikenali sebagai Jeetha, 28, tidak ubah seperti perempuan murahan dengan berpakaian seksi melayani pelanggan di lorong gelap.

“Hancur hati saya melihat perlakuan adik sedangkan ketika di Bangladesh, dia seorang wanita yang mematuhi ajaran Islam, tetapi kerana desakan hidup, dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya. Menurutnya, apa yang menyedihkan adiknya tidak mengendahkan dua anak perempuannya, malah meminta jiran menjaga mereka. Jerene berkata, dia berharap pihak berkuasa membuat serbuan menghapuskan kerja haram itu. “Saya mahu pihak berkuasa pergi ke lorong gelap dan menahan wanita yang melakukan pelacuran. Saya sanggup adik ditangkap dan dihantar pulang ke Bangladesh kerana ia dapat menyelamatkannya daripada perbuatan haram ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment