Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Juruteknik Sukhoi ketiga mati di Sulawesi Selatan

MAKASSAR: Seorang lagi warga Russia yang menganggotai pasukan teknikal jet pejuang Sukhoi dilapor mati di Hospital Stella Maris di Sulawesi Selatan semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Koronov Viktor Sapanov, 55, mati sehari selepas dua lagi rakannya meninggal dunia sejak tiba di Makassar pada 5 September lalu.
Pasukan berkenaan ditugaskan mengawasi jet pejuang berkenaan yang dipesan oleh kerajaan Indonesia.

Dua anggota pasukan itu yang meninggal dunia lebih awal ialah Alexander dan Voronim. Alexander ditemui mati di bawah katil di kamarnya sementara Voroniim dikatakan mati kerana sakit jantung.

Ketua Poli Sulawesi Selatan, Jhony Waenal Usman berkata, ketiga-tiga mangsa mengalami masalah yang sama - pening, muntah, mulut berbuih dan sesak nafas. - Agensi

No comments:

Post a Comment