Search This Blog

Saturday, September 4, 2010

Dua polis terbunuh, 25 cedera dalam pengeboman nekad di Tajikistan



04/09/2010 2:49am

DUSHANBE 4 Sept. - Dua anggota polis terbunuh dan sekurang-kurangnya 25 yang lain cedera apabila dua pengebom nekad yang menaiki sebuah kereta sarat dengan bahan letupan merempuh ke dalam balai polis di Tajikistan semalam.
Kereta berkenaan merempuh sebuah pintu pagar di hadapan ibu pejabat polis daerah Khujand, di utara negara ini pada kelajuan tinggi dan meletup, menyebabkan kedua-dua pengebom itu terbunuh dan memusnahkan separuh bangunan tersebut.
Beberapa orang pegawai polis dilaporkan hilang dan dikhuatiri mati dalam runtuhan bangunan akibat letupan itu.
Letupan kuat itu juga turut menghancurkan tingkap blok-blok yang berhampiran dengan balai polis itu, kata saksi kejadian. - AFP

No comments:

Post a Comment