Search This Blog

Friday, September 24, 2010

Dipukul dalam tandas



BEBERAPA pelajar menunjukkan sebahagian bumbung tandas yang telah dirobohkan di Pusat Tahfiz al-Quran As-Solihin di Merlimau, Jasin semalam.


JASIN – Hanya kerana menghalang tandas sebuah pusat tahfiz al-Quran di Merlimau di sini dirobohkan, sekumpulan empat lelaki berusia 60-an tergamak memukul pelajar pusat berkenaan yang berumur belasan tahun.
Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, empat lelaki termasuk salah seorang daripadanya dipercayai pemilik tanah berkenaan datang ke Pusat Tahfiz al-Quran As-Solihin, Taman Sri Merlimau, Merlimau untuk merobohkan tandas pusat berkenaan.
Namun tindakan kumpulan lelaki berkenaan cuba dihalang oleh beberapa pelajar pusat itu menyebabkan mereka marah lalu memukul pelajar-pelajar tersebut.

No comments:

Post a Comment