Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Bunuh ustazah dan anak, jiran dihadapkan ke mahkamah



SEREMBAN - Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah mereka di Port Dickson, 2 September lalau, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh dua beranak itu.

Ali Tan Abdullah, 34, dituduh membunuh  Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, di B5-1-09B, Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson, di antara 3.15 petang, 2 September hingga 10.15 pagi, 3 September lalu.

Ali Tan, pekerja pemasang paip gas industri, didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Majistret M. Mageshwary, kemudian memutuskan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah kerana kes pembunuhan itu berlaku di kawasan itu.

Beliau menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Tertuduh diwakili peguam John Fernandez

No comments:

Post a Comment