Search This Blog

Tuesday, September 28, 2010

Adik Hamid Karzai didakwa di AS



NEW YORK 27 Sept. - Pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka mendakwa Mahmood Karzai (gambar), adik Presiden Afghanistan, Hamid Karzai atas beberapa kesalahan jenayah.
Menurut laporan akhbar, The Wall Street Journal hari ini, Mahmood Karzai yang merupakan warga AS sedang disiasat oleh pendakwa raya persekutuan di Southern District di sini.
Tindakan itu, sekali gus dilihat sebagai halangan terbaru terhadap hubungan kedua-dua negara selepas Afghanistan mencabar AS agar berusaha menentang budaya rasuah di Afghanistan, selain terus membantu memerangi pemberontak Taliban.
Mahmood mungkin didakwa atas kesalahan menipu cukai, terlibat dalam kegiatan haram atau melakukan peras ugut, lapor jurnal itu.
Pendakwa raya juga sedang mencari eksekutif bank warga Afghanistan kerana didakwa terlibat dengan pengedaran candu.
Namun, seorang pegawai kanan berkata, polis hanya akan memulakan tindakan pada tahun depan, selepas pentadbiran Obama merangka strategi baru di Afghanistan.
Sementara itu, adik Hamid Karzai menafikan dakwaan ke atasnya dengan mendakwa segala kekayaan yang miliknya adalah sah di sisi undang-undang.
Mahmood yang pernah mengeluarkan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden selain mempunyai harta di AS berkata, beliau tidak ada agenda lain selain hanya mahu membangunkan semula negara bergolak itu.
Sebelum AS menceroboh Iraq pada 2001, Mahmood membuka perniagaan kedai makan di Cambridge dan Massachusetts. - AFP

No comments:

Post a Comment