Search This Blog

Monday, August 23, 2010

Tiga beranak nyaris rentung



KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang semalam.


KUANTAN - Aidilfitri yang bakal menjelang tidak seceria sebelum ini buat tiga beranak apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian di Kampung Bukit Pelindung di sini semalam.
Ketika kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, seorang wanita berusia 24 tahun bersama dua anaknya, masing-masing berumur dua dan empat tahun dikatakan berada di dalam rumah tersebut.
Bagaimanapun tindakan pantas mangsa meluru keluar bersama anak-anaknya selepas menyedari rumah mereka telah terbakar berjaya menyelamatkan nyawa masing-masing.
Jiran mangsa, Mat Zaid Omar, 48, berkata, dia terdengar jeritan meminta tolong dan melihat kepulan asap tebal dari rumah jirannya menyebabkan dia terus menghubungi bomba.
"Selepas itu, saya dan jiran lain cuba memadamkan api dan membawa keluar barangan berharga dari rumah tersebut," ceritanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment