Search This Blog

Sunday, August 15, 2010

Pesawat eksekutif tergelincir dalam laut

RIO DE JANEIRO: Sebuah jet eksekutif kecil terbabas ke dalam laut di Lapangan Terbang Santos Dumont di Rio De Janeiro, semalam, tetapi semua tiga anak kapalnya terselamat.
Jurucakap lapangan terbang berkata, pesawat itu mendarat secara normal dalam cuaca cerah.
“Bagaimanapun, atas sebab tidak diketahui, ia gagal berhenti dan tergelincir dari landasan dan terjunam ke laut,” katanya.

Pesawat Learjet itu dikendalikan syarikat penerbangan OceanAir membawa tiga anak kapal.

Biasanya pesawat itu beroperasi membawa penumpang di kalangan eksekutif. Syarikat itu berkata, semua mangsa tidak mengalami kecederaan serius. Jurucakap kerajaan pula berkata, syarikat OceanAir kini menjalankan siasatan bagi mengesan punca kejadian.

Lapangan terbang Santos Dumont terpaksa ditutup seketika, tetapi dibuka semula tidak lama kemudian. - AP

No comments:

Post a Comment