Search This Blog

Wednesday, August 18, 2010

Pekebun lihat bayi tercampak

pix_gal0
Tayar kereta dinaiki mangsa meletup sebelum bertembung lori JKR 

TELUK INTAN: “Saya melihat seorang bayi terpelanting keluar dari kereta sebelum terjatuh atas bahu jalan. Seorang wanita yang duduk di sebelah pemandu pula meraung meminta pertolongan tetapi yang lain tidak memberi apa-apa reaksi,” kata saksi kejadian, Latif Fadi.Melihat kejadian itu, Latif, 40, yang ketika itu sedang berkerja di kebun pisang kira-kira tiga meter dari lokasi kejadian berlari mengangkat bayi berkenaan dan menahan sebuah kereta meminta pemandunya memberi bantuan.“Saya kemudian cuba mengeluarkan wanita itu dari kenderaan dan mengangkatnya ke kereta berkenaan sebelum meminta pemandunya menghantar kedua-dua mangsa ke hospital sebelum menghubungi polis,” katanya. 

Latif berkata, sebelum kejadian beliau dikejutkan bunyi seperti tayar kenderaan meletup serta melihat kereta itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum kedua-dua kenderaan terbabas ke kiri jalan. 

Latif juga mendakwa dua orang daripada dalam lori itu, termasuk pemandunya dilihat meninggalkan tempat kejadian. 

Dalam pada itu, jiran mangsa, Pouziah Pie, 46, ketika ditemui di Hospital Teluk Intan, berkata, Siti Samsiah Imam membawa Mohd Fahmi yang dijaganya bersama suaminya, Edy Nor Yanto Raman Sjahjudin kerana mahu membantu Abdullah Asnawi dan isterinya, Hozeiniye, berurusan di Jabatan Imigresen Teluk Intan. 
Katanya, Abdullah dan pasangannya baru memasuki negara ini pada Julai lalu dan tinggal berdekatan di Kampung Sungai Kajang, Tanjung Karang, Selangor. 

No comments:

Post a Comment