Search This Blog

Monday, August 2, 2010

Filipina dilanda gempa sederhana



02/08/2010 2:34am

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Pulau Caroline Barat, dekat Davao, Filipina, lewat malam tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi dalam kenyataan, gempa berlaku pada pukul 11.46 malam tadi di kedudukan 7.9 darjah Utara dan 135.7 Timur, iaitu 1,097 kilometer ke timur Davao dan 1,951 kilometer ke timur laut Lahad Datu, Sabah.Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami. – Bernama

No comments:

Post a Comment