Search This Blog

Sunday, August 15, 2010

Bongkar klon

KUALA LUMPUR: Dua kereta Honda Jazz dikesan memiliki nombor casis sama, tetapi berbeza nombor pendaftaran manakala sebuah daripada kereta itu pula berkongsi nombor pendaftaran dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5.
Masalah itu terbongkar ketika pemilik sebuah kereta berkenaan ingin menjual kenderaannya dan menjalani proses penukaran hak milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 30 Julai lalu.

Mengikut semakan JPJ, nombor pendaftaran kereta yang ingin ditukar hak milik kepunyaan sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran JJF 9305 manakala nombor pendaftaran kereta itu adalah WPN 8448, tetapi nombor pendaftaran itu digunakan sebuah lagi kereta jenis sama yang dipercayai kereta seludup.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman berkata, pihaknya melalui Unit Siasatan Kenderaan (USK) menjalankan siasatan dan menjejaki kereta ‘klon’ hingga ke Terengganu dan Perlis serta melakukan beberapa prosedur pemeriksaan bagi membuktikan ketulenan mana satu kereta sah.

Menurutnya, kes kereta klon memang banyak berlaku namun kes itu agak rumit kerana turut membabitkan motosikal dan pihaknya terpaksa menyita semua kenderaan berkenaan bagi siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati beberapa penipuan berlaku dalam proses dokumentasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ketika proses mendapatkan salinan geran dan penukaran nama untuk kenderaan motosikal dengan kereta.

No comments:

Post a Comment