Search This Blog

Thursday, August 19, 2010

Azwan sedia kena saman




SEHINGGA ke hari ini, Azwan Ali sememangnya tidak pernah serik mencipta kontroversi. Dia yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi ‘gimik murahan’ ketika pelancarannya sebagai duta Serai Hijau, tahun lalu, kini bakal berdepan dengan kontroversi baru. 

Menerusi karya tulisannya ‘Selamat Tinggal Dunia Pondan’, pelakon dan pengacara ini bukan sahaja mendedahkan kisah dan pengalaman hidupnya sendiri, tetapi juga berani mengaitkan tiga nama besar dalam industri, iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Fauziah Latiff. 

Bukanlah gimik semata-mata, menurut Azwan, ia adalah hasil daripada pengalamannya sendiri bersama tiga artis popular itu. Malah dengan selamba Azwan, berkata, dia sedia berdepan dengan segala kemungkinan termasuklah disaman. 

“Apa yang saya tulis adalah pengalaman saya sendiri ketika bersama tiga ‘diva’ ini dan saya tidak takut disaman kerana apa yang saya tulis adalah perkara yang betul. Saya tidak memfitnah sesiapa, buku ini hanya mengisahkan hidup dan pengalaman saya,” katanya yang turut mendedahkan kisah tentang hubungannya dengan Ziana Zain, yang suatu ketika dulu pernah menggemparkan industri tanah air. 

Azwan juga memberitahu, dia turut menulis tentang perihal golongan pondan dan juga mendedahkan istilah atau ‘kod’ yang sering digunakan oleh golongan itu. 

Mengulas tentang ilhamnya untuk menulis buku tersebut, Azwan berkata, dia sebenarnya sudah lama ingin memiliki buku sendiri dan ‘Selamat Jalan Dunia Pondan’ mula tercetus sejak menunaikan umrah pada tahun lalu. 

“Buku ini juga tercetus daripadapenulisan blog saya yang kini sudah berjaya mencecah hampir satu juta pelayar dalam tempoh dua tahun. Dan itu menunjukkan ramai yang berminat mengetahui tentang diri saya. 

“Mereka yang membaca dan memberi komen menerusi blog saya ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Dari orang kenamaan hinggalah rakyat biasa. Jadi ada baiknya, saya cuba menghasilkan buku sendiri untuk dikongsi dengan segenap masyarakat,” katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran kulit buku ‘Selamat Tinggal Dunia Pondan’ di Restoran Tamarind Springs, Ampang Jaya, kelmarin. 

Diterbitkan oleh Buku Prima, Selamat Jalan Dunia Pondan akan dicetak sebanyak 5,000 unit dan akan dijual sendiri oleh Azwan menerusi sesi promosi jelajah seluruh negara yang bakal diadakan secara besar-besaran nanti. 

Sementara itu, lagu ‘Selamat Jalan Dunia ...’ hasil ciptaan Azwan bersama Hafiz Hamidun juga bakal menyusul. Lagu yang mengisahkan tentang kehidupan ‘pondan’ ini juga melibatkan mereka bersama Ifa Radziah, sebagai penyanyi.

No comments:

Post a Comment