Search This Blog

Thursday, July 15, 2010

Wanita tidak mengaku salah rancang bunuh bekas suami



S. Devi (kiri) bersama adiknya, S. Shantiambal selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.


RASAH 14 Julai - Seorang wanita bersama adik perempuannya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban di sini, hari ini atas tuduhan merancang untuk membunuh bekas suami seorang daripada wanita tersebut pada tahun lalu.
S. Devi, 46, dan S. Santhiambal, 41, didakwa melakukan rancangan itu terhadap bekas suami Devi, Frances Augustine Peter, 52, di pekarangan Mahkamah Sesyen Seremban kira-kira pukul 3.40 petang, 11 Februari 2009.
Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 120B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Idora Omar yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Namun, peguam bela Simon Sabapathy memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan kedua-dua anak guamnya mempunyai anak yang masih kecil dan perlu menanggung keluarga.
Majistret Marsilawati Mohamad Shah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment