Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Wanita buntu cari bapa walikan pernikahan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang bakal mendirikan rumah tangga pada November depan buntu apabila bapa yang sepatutnya menjadi wali pernikahannya gagal dikesan sejak meninggalkan dia dan ibunya lebih 23 tahun lalu.
Fauziawati Abdullah, 27, berkata difahamkan bapanya, Abdullah Ismail, 51, meninggalkan rumah mereka di Kampung Kathijah, Brickfields di sini, tanpa sebarang berita.
Menurut Fauziawati, ibunya, Noraini Nazir, 49, tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keluarga sebelah bapanya yang berasal dari Kampung Bukit Kecil, Sungai Petani, Kedah.

Katanya, dia langsung tidak mengingati wajah lelaki itu kerana ditinggal seawal usia empat tahun sebelum dibesarkan nenek dan ibu saudaranya di Kajang, Selangor.

Menurutnya, sekiranya bapanya itu gagal ditemui, dia terpaksa membuat permohonan di mahkamah untuk menggunakan wali hakim.

Sehubungan itu, Fauziawati merayu bapanya atau orang ramai yang mengenali bapanya diminta menghubunginya di talian 014-2221297 atau 012- 6403916.

No comments:

Post a Comment