Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Taufan Conson membadai pesisir pantai Vietnam




HANOI - Angka mangsa yang hilang akibat Taufan Conson di Vietnam meningkat kepada 17 orang. 

Sebelas nelayan bersama dua bot pukat tunda dilaporkan hilang manakala enam lagi nelayan turut hilang selepas bot mereka karam di Pulau Paracel di perairan Vietnam, Jumaat lalu. 

Dalam pada itu, pihak berkuasa menemui seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas botnya karam di Teluk Ha Long. 

Lebih 600 rumah musnah dan 43 bot rosak apabila Taufan Conson membadai Vietnam. 

Hujan lebat dijangka turun di wilayah barat laut Vietnam untuk tempoh beberapa hari lagi tetapi dipercayai tidak akan menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh.

No comments:

Post a Comment