Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Rai hari jadi dengan ketamin



LIMA daripada 10 lelaki yang ditahan di sebuah apartmen di Port Dickson semalam.


PORT DICKSON - Keghairahan 10 sahabat menyewa sebuah unit apartmen di sebuah resort di sini bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran salah seorang rakan mereka mengundang padah apabila rumah tersebut diserbu polis semalam.
Dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu, kesemua mereka termasuk tiga wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, serbuan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat mengenai majlis hari jadi berkenaan yang melibatkan sekumpulan pemuda.
"Hasil pemeriksaan di apartmen itu, kita menahan kesemua tujuh lelaki dan tiga wanita yang sedang leka berseronok kononnya bagi meraikan majlis hari jadi," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment