Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Pilih masuk penjara semula

PETALING JAYA: Sarjan N Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa bersubahat mencuri enjin pesawat pejuang milik TUDM, semalam memilih kembali ke penjara Sungai Buloh selepas gagal mendapat perintah perlindungan daripada mahkamah.
Hakim Mahkamah Sesyen Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkannya apabila Tharmendran menyatakan pilihannya untuk masuk semula ke penjara. Ayahnya, N Nagarajah, mohon jaminan RM50,000 dikenakan terhadap Tharmendran pada 8 Julai lepas ditarik balik. Dalam penghakimannya, Hayatul Akmal berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa dalam memberikan arahan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan sebarang bentuk perlindungan. “Mengikut Akta Melarikan Orang Dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 yang dikemukakan pihak pembelaan dalam hujahan merujuk kepada saksi sedangkan dalam kes ini, Tharmendran seorang tertuduh dan bukannya saksi maka mahkamah berpendapat ia tidak terpakai. “Mahkamah sebaliknya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa tertuduh melalui peguamnya boleh memfailkan injunksi untuk mendapatkan perlindungan sementara daripada mahkamah,” katanya. Tharmendran, 41, memohon untuk mendapatkan perlindungan sementara dengan mendakwa dirinya terasa terancam

No comments:

Post a Comment