Search This Blog

Wednesday, July 28, 2010

Nyaris dirogol kerana RM100

AMPANG: Wang dipinjam hanya RM100, namun harga yang mahal terpaksa dibayar seorang wanita apabila dia nyaris dirogol rakan lelaki meminjamkan wang kepadanya dalam satu kejadian di Pandan Jaya, di sini, baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku 7 Julai itu mulanya dirahsiakan mangsa daripada pengetahuan suami kerana dia trauma dan risau dimarahi.
Namun, selepas hampir dua minggu menyimpan rahsia itu, mangsa menceritakan segala kejadian itu kepada suaminya sebelum dia membuat laporan polis.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa berusia 20-an menghubungi rakan lelaki dan memberitahu mengalami masalah kewangan.

No comments:

Post a Comment