Search This Blog

Wednesday, July 28, 2010

Kilang plastik di Perindustrian Menglembu musnah dalam kebakaran


IPOH - Sebuah kilang membuat plastik di Kawasan Perindustrian Menglembu di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran berlaku kira-kira 11.50 malam. Tiada pekerja yang bekerja ketika itu.

Punca kejadian sedang disiasat, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias.

Pasukan bomba dan penyelamat menghantar 12 anggota beserta dua jentera untuk memadam kebakaran sehingga 2 pagi.

Sebanyak 90 peratus bangunan kilang itu musnah, kata sumber bomba.

No comments:

Post a Comment