Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Kerja RM1.6j bayar RM6,000



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
15/7
KUALA LUMPUR: Seramai lapan sub kontraktor yang terbabit menyiapkan kampus milik sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) di sini, hampir gulung tikar dan hidup terseksa sejak 2006, selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pembinaan utama projek itu.
Mereka mendakwa hanya dibayar antara RM1,000 hingga RM3,000 bagi projek membabitkan kos RM9 juta itu dan kontraktor utama enggan membayar wang sepatutnya diterima mereka iaitu secara keseluruhannya RM1.6 juta, tanpa alasan munasabah walaupun semua kerja ditugaskan siap seratus peratus.
Seorang subkontraktor, Abdul Hamid Omar, 32, berkata dia terbabit menyiapkan tandas dari tingkat dua hingga sembilan bangunan itu membabitkan kos RM530,000.
Pada mulanya, kontraktor utama bersetuju membayar selepas menerima bayaran daripada pelanggan, tetapi saya hanya mendapat RM2,000 menyebabkan saya gagal membuat pembayaran kepada syarikat pembekal.
Sejak tiga tahun lalu, saya dikejar syarikat pembekal kerana gagal membayar semua bahan pembinaan yang dipesan dan disenaraihitamkan.
Setiap kali saya mahu berjumpa dengan kontraktor utama untuk membincangkan perkara ini, mereka melengah-lengahkan pembayaran sehingga saya hampir gulung tikar, katanya, semalam.
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, dia bersama tujuh lagi syarikat subkontraktor mendapati syarikat pembinaan itu sudah menerima RM4.2 juta termasuk RM700,000 pada September lalu.
Kenapa mereka tidak mahu membayar kami sedangkan sebahagian wang sudah diterima daripada pelanggan. Kami cuba bertemu dengan pelanggan itu dan mereka mahu membantu, tetapi syarikat pembinaan berkenaan pula enggan menandatangani perjanjian tuntutan, katanya.
Seorang lagi sub kontraktor dari Shen Ming Trading, Goh Kok Foo, 44, berkata syarikat pembinaan itu berhutang dengannya sebanyak RM390,327.
Apa yang membuatkan saya marah, saya mendapat tahu pengarah syarikat pembinaan itu membeli tiga kereta mewah dan tiga motosikal berkuasa tinggi selepas mendapat projek itu.
Jika dia mampu membeli kenderaan mewah itu, kenapa dia menganiaya kami sehingga saya hanya dibayar RM3,000, katanya.
Mohd Fahbell Md Yasin, 38, berkata isterinya sebagai sub kontraktor yang terbabit dengan pembinaan kampus itu hanya menerima pembayaran RM1,000 saja sedangkan hutang adalah RM63,728.
Saya pernah berjumpa dengan pengarah syarikat pembinaan itu memohon simpati supaya dia melunaskan hutang.
Dia langsung tidak melayan, malah mencabar kami membawa perkara itu ke mahkamah, katanya.
Sehubungan itu, semua subkontraktor terbabit membuat dua laporan polis masing-masing di Semenyih, Kajang pada 31 Mac lalu dan Bukit Puchong, Subang Jaya pada 1 April lalu.
Sementara itu, Presiden Kebangsaan Pertubuhan Sukarelawan Seni, Kebudayaan, Sosial dan Pendidikan India Malaysia (PSKSP), Dr N Thanasegeran berkata, beliau akan bertemu dengan pengurus IPTA berkenaan bagi menyelesaikan masalah itu tanpa melalui syarikat pembinaan terbabit.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment