Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Hilang lepas keluar minum pagi

AMPANG: Seorang warga emas, Sigam Ujang, 76, (gambar) dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk minum pagi di sebuah restoran berdekatan di sini, Sabtu lalu.
Lelaki itu yang berketurunan Melanau dan tidak fasih berbahasa Melayu itu dilaporkan hilang kira-kira jam 12 tengah hari.
Menantunya, Harbi Muhi, 37, berkata dia membuat laporan di Balai Polis Ampang pada jam 11.25 malam pada hari sama selepas mencari bapa mentuanya kira-kira jam 9 malam.

Sigam yang berasal dari Sibu, Sarawak sehingga kini masih gagal ditemui dan sesiapa yang menjumpainya diminta menghubungi Harbi di talian 019-2332074 atau Maydia di talian 019-2033372 atau Balai Polis Ampang.

No comments:

Post a Comment