Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

‘Geng Colombia’ kebas beg RM40,000



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
KUALA LUMPUR: Hanya lima saat diperlukan seorang penjenayah licik dipercayai ahli `Geng Colombia’ untuk memperdaya seorang suri rumah menggunakan beberapa keping syiling yang sengaja ditaburkan di lantai sebelum beg berisi wang tunai RM40,000 milik mangsa dilarikan.
Suspek dikatakan sengaja menjatuhkan beberapa kepingan syiling 20 sen dan 50 sen di lantai untuk mengalihkan tumpuan mangsa.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 tengah hari kelmarin, mangsa berusia 35 tahun sedang menjamu selera bersama keluarganya di sebuah restoran du di Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini.
Menurutnya, mangsa yang leka makan terkejut apabila seorang lelaki bertubuh gempal dan berkulit putih menghampirinya.
Lelaki berusia 40-an berpura-pura menegur sambil bertanya sama ada beberapa kepingan syiling di atas lantai berhampiran milik mangsa.
Suspek sengaja menunjukkan duit di atas lantai yang terletak di sebelah kanan kerusi diduduki mangsa. Sebaik ditunjukkan syiling itu, mangsa segera menoleh untuk mengutipnya, katanya.
Sebaik mangsa bangun selepas mengutip syiling didapati beg tangan miliknya diletakkan di atas kerusi lesap.
Lelaki misteri memakai kemeja T dipercayai warga Amerika Latin hilang.
Mangsa kemudian mengesyaki dia diperdaya dengan helah syiling dijatuhkan ke lantai oleh lelaki terbabit sebelum membuat laporan polis di balai polis berdekatan, katanya.
Kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai AS$ 3,000 (RM10,200), wang tunai mata wang tempatan RM20,000, barang kemas bernilai RM8,000, bernilai hampir RM40,000.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment