Search This Blog

Wednesday, July 28, 2010

Farah digugurkan kendali kes Anwar


FARAH


PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.
Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

No comments:

Post a Comment