Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Dua penyamun bertelagah



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
SUBANG JAYA: Hanya kerana tidak sependapat, dua penyamun amatur yang bertopengkan kain putih selain berpakaian ala samurai bertelagah sesama sendiri ketika menyamun seorang guru tadika yang juga ibu tunggal berusia awal 50-an di Batu 3, di sini, semalam.
Difahamkan, pertengkaran itu berlaku apabila seorang daripada suspek berniat untuk merogol mangsa, manakala rakannya pula bersimpati kepadanya.
Malah, suspek juga dikatakan tidak setuju dengan tindakan rakannya itu yang mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum menatapi tubuh wanita berkenaan yang berada dalam keadaan separuh bogel.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang sedang tidur di tadika berkenaan dikejutkan dengan bunyi pintu diketuk sebelum bangun untuk melihat siapa yang datang.
Menurut sumber, belum sempat guru tadika berkenaan membuka pintu, dia melihat dua lelaki bertopeng kain putih dan berpakaian ala samurai memasuki premis berkenaan.
Seorang daripada suspek menghampiri mangsa sebelum mengacukan sebilah pisau.
Suspek kemudian mengugut mangsa supaya mendiamkan diri sebelum mengarahkannya menyerahkan barangan berharga miliknya, katanya.
Sumber berkata, ketika mangsa ingin menyerahkan barang kemas dipakainya, seorang daripada suspek memaksa guru tadika berkenaan menanggalkan pakaiannya.
Tindakannya itu tidak disenangi rakannya, namun suspek bertegas menyebabkan mangsa yang ketakutan terpaksa patuh kepada arahannya itu.
Malah, mangsa yang juga bimbang dicederakan kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum dibiarkan dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai coli dan seluar dalam, katanya.
Sumber berkata, sebaik merampas wang tunai dan barang kemas milik guru tadika dianggarkan bernilai RM2,000, seorang daripada suspek mengajak rakannya meninggalkan premis itu.
Bagaimanapun, rakannya itu yang dikatakan ghairah selepas menatapi tubuh mangsa selain dipercayai mempunyai niat untuk merogolnya enggan meninggalkan premis berkenaan menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
Suspek yang kasihan kepada mangsa bertindak memarahi rakannya itu selain mengingatkan mengenai niat sebenar mereka masuk ke premis berkenaan, katanya.
Sumber berkata, rakan suspek kemudian mengalah sebelum mereka melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment