Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Denda RM7,400 kerana bunuh tupai

LONDON: seorang lelaki didenda £1,500 (RM7,360) kerana membunuh seekor tupai kelabu, spesies haiwan yang dilindungi.
Raymond Elliot mengaku bersalah menyeksa seekor haiwan itu hingga mati dengan membenamkannya ke dalam air.
Elliot yang berang kerana tupai kelabu sering mengganggu burung peliharaannya, membeli sangkar bagi memerangkap haiwan berkenaan.

Apabila dia berjaya berbuat demikian, Elliot tidak mengambil masa lama untuk membenamkan haiwan terbabit dalam air sehingga mati. - AP

No comments:

Post a Comment