Search This Blog

Friday, July 23, 2010

Bayi perempuan baru lahir ditemui di perhentian bas


Oleh Azida Shaharuddin
azida@bharian.com.my
2010/07/23

Wanita pekerja kilang lihat beg plastik warna biru bergerak-gerak 

JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan yang masih hidup dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di perhentian bas Jalan Persiaran Mutiara Emas, berdekatan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi semalam.Bayi itu ditemui seorang pekerja kilang wanita berusia 57 tahun yang sedang menunggu bas di perhentian terbabit, kira-kira jam 6.40 pagi semalam.
Wanita itu terlihat sebuah beg plastik berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di bawah ruang tempat duduk perhentian bas itu apabila ia bergerak-gerak dan selepas dibuka, beliau menemui seorang bayi perempuan berkulit cerah dan masih bertali pusat dibalut kain batik, yang masih hidup lalu menghantar bayi terbabit ke HSI. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, supaya menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Sylvia di talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2232222, atau talian hotline polis di 07-2212999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Pengarah HSI, Dr Rooshaimi Merican, berkata bayi itu kini menerima rawatan di unit rawatan rapi pediatrik hospital itu. 

"Bayi seberat 1.9 kilogram ini dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 12 jam sebelum ditemui dan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil," katanya. 

No comments:

Post a Comment