Search This Blog

Saturday, July 17, 2010

Bas rosak dilonggok di tepi jalan






WENG FATT menunjukkan deretan bas yang rosak dan usang yang diletakkan oleh pihak tertentu di sepanjang Jalan Cheah Choo Yew, George Town semalam.



GEORGE TOWN - Jika sebelum ini bengkel dijadikan tempat membaiki kenderaan yang rosak namun lain pula bagi sebuah syarikat pengangkutan awam di negeri ini.
Mereka memilih bahu jalan raya sebagai lokasi menyimpan kira-kira 20 bas rosak dan usang di Jalan Cheah Choo Yew berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD) di sini.
Ekoran masalah yang berlanjutan sejak lima tahun lalu itu, penduduk yang ingin berurusan di kawasan berhampiran mengalami kesukaran untuk meletakkan kenderaan mereka.
Bukan setakat itu sahaja, syarikat bas antara bandar tersebut turut menjadikan tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) terletak berhampiran sebagai kawasan letak kenderaan kekal bagi perkhidmatan transitnya.
Ketua Pasukan Tindakan Khas Parti Cinta Malaysia, Tham Weng Fatt berkata, pihaknya sudah beberapa kali melaporkan kepada pihak terbabit mengenai masalah itu, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
"Sudah enam kali kami lapor perkara ini kepada MPPP dan kali terakhir pada minggu lepas.
"Penduduk mengadu mengenai keadaan di jalan raya itu kerana menyebabkan mereka tiada tempat untuk meletakkan kenderaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Katanya, penduduk turut bimbang sekiranya berlaku kejadian melibatkan kes rogol dan samun ke atas golongan wanita sekiranya melalui jalan itu pada waktu malam.

No comments:

Post a Comment