Search This Blog

Friday, July 23, 2010

Ajal waktu pagi di kaki bukit




ORANG ramai melihat dua daripada empat mayat wanita warga Vietnam yang terbunuh dalam kemalangan di Gopeng semalam.ABDUL AZIZ membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan di Gopeng, Perak semalam. Turut kelihatan beberapa helai coli dan seluar dalam mangsa bertaburan di tempat kejadian.

GOPENG – Tindakan sekumpulan lapan individu termasuk enam wanita Vietnam menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard menggunakan tayar ganti yang tidak sama saiz mengundang padah apabila empat daripada mereka maut manakala bakinya cedera parah akibat kemalangan di sini semalam.
Kejadian pukul 10.15 pagi berdekatan hentian sebelah Gua Tempurung di sini itu turut menyaksikan kereta buatan Jepun tersebut terhumban kira-kira 10 meter ke kaki bukit berhampiran kawasan gaung di Kilometer 301.9, Lebuh Raya Utara-Selatan.
Mereka yang maut ialah empat wanita Vietnam berusia dalam lingkungan 30-an. Polis bagaimanapun mengesahkan kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.
Dua lagi wanita Vietnam dan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an termasuk yang memandu MPV terbabit mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Dua lelaki tempatan yang cedera dikenali sebagai Tan Kok Soon, 32, dan Ong Wong Hui, 33, dari Skudai, Johor.
Difahamkan, sebelum kejadian, mereka menuju ke arah utara dari satu lokasi yang masih dalam siasatan polis.
Tinjauan di lokasi kejadian juga mendapati selain mayat, polis turut mengangkat beberapa beg pakaian milik wanita-wanita berkenaan.
Tiga mayat wanita yang terbunuh di lokasi nahas pula kelihatan berpakaian lengkap, begitu juga tiga yang parah semasa dibawa ke HRPB.
Namun terdapat beberapa helai coli dan seluar dalam wanita pelbagai warna bertaburan di tepi semak dan tersangkut pada ranting pokok, sedangkan pakaian lain tidak pula kelihatan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya akan menyiasat hubungan wanita-wanita Vietnam dengan lelaki tempatan itu termasuk mengenal pasti tujuan kedatangan ke Malaysia serta pekerjaan mereka.
Katanya, dalam kejadian itu, tiga wanita mati di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia ketika dirawat hampir lima jam di HRPB.
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment