Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

2 lagi mengaku berkhalwat



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
15/7
SHAH ALAM: Mereka tanpa segan silu berhimpun dalam sebuah bilik hotel untuk melayan muzik, sehingga awal pagi.
Pada masa sama, beberapa kenalan lain lalok akibat mengambil dadah di bilik bersebelahan.
Semalam, dua lagi daripada 39 peserta parti itu mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat sehingga menimbulkan syak di dalam sebuah bilik di Intekma Resort & Convention Centre, November tahun lalu.
Ini menjadikan 12 sudah mengaku salah, manakala bakinya, 27 termasuk tujuh wanita akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada 6 Oktober depan.
Dua yang mengaku salah hari ini, Muhamad Said Uzair Bharudin dan Muhamad Khairil Izwan Mohamad Jamil.
Muhamad Said Uzair dikenakan denda RM2,500 atau penjara 60 hari.
Manakala, Muhamad Khairil Izwan pula didenda RM2,000 atau penjara 30 hari.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang sebahagian besar pelajar berusia 17 hingga 30 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik, Blok 4 hotel itu yang terletak di Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, di sini, jam 2.10 pagi, 15 November 2009.
Mereka didakwa berada bersama-sama dengan bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) untuk lelaki dan (b) untuk wanita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, ketika rayuan terhadap hukuman, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Hasrul Hafisi Ahmad Kamal berkata, hukuman berat perlu dikenakan kepada tertuduh kerana kes itu sudah mencemarkan kesucian Islam.
Kejadian ini menyebabkan ada yang memandang serong kepada penganut agama Islam. Sebagai umat Islam, kita seharusnya menunjukkan contoh baik kepada bukan Islam, katanya.
Pada prosiding semalam, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat memerintahkan salah seorang tertuduh, Noor Maria
Mohammad Jamil didenda RM200 kerana gagal hadir prosiding terdahulu.
Beliau juga membenarkan permohonan pendakwaan bagi mengekalkan ikat jamin tertuduh yang tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment